TAIYUAN: China melancarkan roket pengangkut Long March-6 bagi menempatkan satelit eksperimen baharu di angkasa lepas.
Menurut Utusan Malaysia, agensi berita Xinhua melaporkan, roket itu membawa satelit eksperimen dikenali sebagai Shiyan-25.
Roket pengangkut Long March-6 itu berlepas pada pukul 11.18 pagi (waktu tempatan) dari Pusat Pelancaran Satelit Taiyuan di wilayah utara Shanxi.
Berdasarkan laporan, satelit itu berjaya memasuki orbit.
Satelit itu akan digunakan untuk pelbagai perkara terutamanya bagi menjalankan eksperimen teknologi pemerhatian bumi.
Pelancaran itu merupakan misi penerbangan ke-477 siri roket Long March.































