Airiel (dua kanan) terlebih dahulu sampai ke garisan penamat untuk meraih emas.
TAWAU: Airiel Amani Kahar mengungguli acara 100 meter SAGA XI untuk bergelar raja pecut dalam acara riben biru di Kompleks Sukan Tawau pada sesi pagi acara olahraga.
Airil yang mewakili daerah Kalabakan membuat catatan 10.67 saat untuk memastikan pingat emas dalam genggaman manakala pingat perak dan gangsa milik pelari Ranau, Carlson Camilus di tempat kedua menerusi masa 10.72 saat dan Muhammad Muzaffar Shah Abdul Sahidiu terpaksa berpuas hati dengan catatan 10.77 saat untuk meraih gangsa.
Dalam kategori wanita, pingat emas menjadi milik pelari Sandakan, Siti Norjahera Beliamor menerusi catatan 12.48 saat manakala Bibi Halina Aloysius (Tuaran) mendapat perak dengan catatan 12.52 saat meninggalkan pelari Putatan, Dayangku Nursyafinaz Syazikah yang mencatat 12.69 saat dan membawa pulang pingat gangsa.
Sebanyak 14 pingat emas di pertandingkan pada hari ke empat acara olahraga dilangsungkan.


































