Anwar Ibrahim
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam insiden serangan terhadap anak bekas Menteri Ekonomi yang juga Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli petang tadi.
Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri berkata, serangan tersebut disifatkan sebagai percubaan jahat dan khianat serta menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjalankan siasatan dengan segera.
“Kita masih belum reda dari gejala buli di sekolah, muncul pula satu lagi tindakan yang sangat dikesalkan. Mutakhir adalah percubaan jahat dan khianat terhadap anakanda saudara Rafizi Ramli.
“Saya telah menghubungi Menteri Dalam Negeri saudara Saifuddin Nasution bagi memastikan siasatan telus dan segera. Mendoakan kesejahteraan yang terbaik buat saudara Rafizi serta keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu media melaporkan pendedahan Rafizi bahawa anak dan isterinya diserang oleh dua orang lelaki bermotosikal ketika meninggalkan sebuah pusat beli-belah di Putrajaya petang tadi
































