AUSTIN: Seorang kanak-kanak meninggal dunia akibat campak di Texas, kematian pertama yang direkodkan oleh penularan wabak itu dalam tempoh lebih sedekad di Amerika Syarikat (AS).
Menurut Utusan Malaysia, jabatan kesihatan negeri memaklumkan, kanak-kanak sekolah yang tidak diberi vaksin itu dimasukkan ke hospital di Lubbock minggu lalu selepas disahkan positif campak.
Kematian itu berlaku apabila kadar imunisasi menurun di seluruh negara, dengan kes terbaharu tertumpu dalam komuniti agama Mennonite yang secara sejarah menunjukkan keraguan terhadap vaksin.
Kes itu juga memberi tamparan kepada Setiausaha Kesihatan, Robert F. Kennedy Jr. yang telah lama menyebarkan keraguan tentang vaksin campak, beguk dan rubella (MMR).
Tahun ini, lebih 130 kes campak telah dilaporkan di Texas barat dan negara jiran New Mexico, menjangkiti majoriti kanak-kanak yang tidak divaksinasi.
Sekitar 20 orang telah dimasukkan ke hospital di Texas dan pegawai kesihatan memberi amaran wabak itu semakin merebak


































