PETALING JAYA: Seorang juruwang wanita warga China maut dipercayai ditikam dalam kejadian di sebuah restoran di pusat beli-belah Cheras semalam.
Menurut Utusan Malaysia, dalam kejadian pukul 3 petang semalam, mangsa berusia 49 tahun maut ditikam empat sehingga lima kali menggunakan pisau pada badannya.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, seramai tujuh suspek yang juga rakan sekerja mangsa sudah ditahan bagi membantu siasatan lanjut.
Kata beliau, setakat ini senjata digunakan masih belum ditemukan.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk tindakan selanjutnya.
“Setakat ini, pihak polis masih mengesan saksi dan menyiasat motif pembunuhan itu,” katanya dalam kenyataan.