Pemandu pasukan Formula Satu (F1) McLaren, Lando Norrris bersedia memulakan latihan semasa Grand Prix Las Vegas di Nevada minggu lalu.
DOHA: Pasukan tertua Formula Satu (F1) Ferrari dan McLaren membawa perebutan gelaran pengeluar pada pusingan kedua terakhir kejuaraan di Grand Prix (GP) Qatar hujung minggu ini.
Menurut Utusan Malaysia, selepas pelumba Red Bull, Max Verstappen merangkul gelaran pemandu keempat berturut-turut di Las Vegas, Ahad lalu, tumpuan kini teralih kepada perlumbaan di Doha.
McLaren mampu merangkul mahkota pengeluar sejak 1998, namun untuk berbuat demikian, mereka harus mengatasi Ferrari yang kali terakhir menjuarainya pada 2008 dengan 21 mata sekali gus menamatkan harapan tipis Red Bull untuk kejuaraan berganda.
Ferrari kini ketinggalan 24 mata di belakang McLaren dengan Red Bull 53 mata di belakang pendahulu dan sebanyak 103 mata yang ditawarkan selepas tambahan mata daripada acara pecut terakhir yang berlangsung di GP Qatar.
Bagaimanapun, dengan 44 mata yang ditawarkan pada perlumbaan terakhir di GP Abu Dhabi, suhu Doha mungkin lebih disukai oleh McLaren berbanding Las Vegas yang sejuk.
“Kami mempunyai tumpuan penuh pada apa yang perlu kami capai dalam dua pusingan terakhir. Trek dan keadaan di Qatar sepatutnya lebih sesuai dengan kami berbanding hujung minggu lalu jadi saya teruja untuk melihat apa yang kami mampu lakukan,” kata pemandu McLaren, Lando Norris.
Sementara itu, pemandu Ferrari, Charles Leclerc mengakui bahawa McLaren mampu mendominasi pada perlumbaan awal pagi Isnin ini susulan kelebihan mereka di Qatar.
“Saya fikir mereka (McLaren) akan menjadi sangat kuat di Qatar, jadi kami perlu menikmati hujung minggu yang baik,” kata Leclerc.