Penyerang Manchester United, Rasmus Hojlund bersaing dengan pemain pertahanan Chelsea, Reece James dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, pagi ini.
MANCHESTER: Jaringan penyamaan pemain Chelsea Moises Caicedo menafikan hasrat Manchester United untuk mencari kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris apabila perlawanan berakhir dengan seri 1-1, pagi ini.
Menurut Utusan Malaysia, pengendali sementara United, Ruud van Nistelrooy yang akan digantikan dengan Ruben Amorim dalam bulan ini kempunan untuk meraikan kemenangan selepas Bruno Fernandes meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-70 sebelum permainan yang berlangsung di Old Trafford berakhir dengan 1-1.
Caicedo meranapkan harapan United empat minit kemudian, dan pada masa yang sama membantu Chelsea melangkau kedudukan Arsenal di tangga keempat liga walaupun berkongsi mata manakala keputusan itu tidak membantu tuan rumah yang masih berada di tangga 13.
United kini mengumpul 12 mata daripada 10 perlawanan, persembahan terburuk sejak memulakan kempen liga.
Sementara itu, Amorin tidak hadir menyaksikan perlawanan ini kerana dia sedang menyiapkan pasukannya, Sporting Lisbon untuk perlawanan Liga Juara-Juara menentang Manchester City, esok. – AFP/UTUSAN
KEPUTUSAN
Manchester United 1 Chelsea 1
Tottenham 4 Aston Villa 1