Ruben Amorim
LONDON: Jurulatih Sporting Lisbon, Ruben Amorim dilaporkan bersetuju menjadi pengurus Manchester United beberapa jam selepas kelab itu memecat Erik ten Hag.
Menurut Utusan Malaysia, berita terkini itu didedahkan The Athletic dalam laporannya seperti dipetik Daily Mail yang memberitahu United sedang menyasarkan jurulatih Portugis berusia 39 tahun itu.
Dalam hantarannya di laman media X, United dikatakan bersedia untuk membayar 10 juta pound sebagai pampasan kepada Sporting walaupun rundingan kedua-dua pihak masih berjalan.
Amorim menyertai Sporting pada 2020 dan memandu kelab itu menjulang gelaran pertama liga sejak 2002.
Dia mengulangi kejayaan itu musim lepas, malah kelab itu meneruskan permulaan cemerlang menang kesemua lapan perlawanan pada musim ini untuk menghuni tangga teratas liga.
Sepanjang empat musim di bawah Amorim, Sporting menang liga trofi termsuk dua gelaran liga.
Over the past four seasons, he has won five trophies – including two league titles.




























