YOGYAKARTA: Seorang guru di Gamping, Yogyakarta disyaki melakukan penderaan seksual terhadap 22 budak lelaki, dengan majoriti mangsa adalah bawah umur.
Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Gamping, Sandro Dwi Rahadian berkata, seramai 22 mangsa dilaporkan, namun tiga daripadanya berusia lebih 18 tahun.
“Suspek melakukan amang seksual fizikal terhadap 22 mangsa, dengan majoriti mereka merupakan kanak-kanak,” katanya kepada Detiknews, kelmarin.
Perbuatan guru berusia 29 tahun terbabit terbongkar apabila ibu bapa salah seorang mangsa menjumpai video hubungan seksual tersebut.
Ibu bapa mangsa kemudiannya melaporkan suspek kepada pihak polis.
“Didapati perbuatan ini berlaku dalam video di telefon bimbit dan ternyata benar pelaku video lucah itu adalah anak kandungnya,” kata Sandro.
Beliau berkata, majoriti mangsa adalah kanak-kanak yang terdiri daripada murid sekolah rendah hingga menengah.
Sandro berkata, profesion harian suspek adalah guru kontrak atau perkhidmatan luar yang mengajar di tadika.


































