Srettha Thavisin
BANGKOK: Mahkamah Perlembagaan Thailand menetapkan 24 Julai depan, sebagai tarikh perbicaraan seterusnya bagi kes menuntut pemecatan Perdana Menteri, Srettha Thavisin.
Menurut Utusan Malaysia, mahkamah memaklumkan kes itu akan mencapai keputusan sebelum September depan.
“Mahkamah meminta lebih banyak maklumat termasuk bukti dan daripada individu yang dipanggil sebelum ini,” katanya .
Kes terhadap Srettha difailkan berikutan aduan 40 senator yang dilantik oleh pihak tentera pada Mei lalu, yang kemudiannya diterima oleh Mahkamah Perlembagaan.
Kes itu bertujuan memecat Perdana Menteri berhubung pelantikan kabinet seorang peguam, Pichit Chuenban, yang menjalani hukuman penjara kerana menghina mahkamah.
Aduan itu mendakwa Pichit tidak mencapai piawaian moral dan etika untuk jawatan menteri seperti yang ditakrifkan dalam Perlembagaan.
Pichit meletak jawatan dan Srettha menafikan sebarang dakwaan salah laku.
Pichit pernah menjalani hukuman penjara enam bulan kerana didapati bersalah menghina mahkamah pada 2008.
Ketika rombakan Kabinet, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Sebelum ini, Srettha pernah dipenjarakan selama enam bulan pada 2006 kerana menghina mahkamah, selepas disabit kesalahan merasuah pegawai mahkamah sebanyak 2 juta baht (RM258,813) yang disembunyikan dalam beg runcit kertas.
Selain dipenjarakan, lesen undang-undangnya juga digantung selama lima tahun oleh Majlis Peguam Thailand.