Lebih 46,000 wanita di 22 daerah terima manfaat sehingga AS$341,553 (RM1.6 juta) sepanjang gelombang panas bulan lalu.
NEW DELHI: Seramai 50,000 wanita yang bekerja sendiri di India menerima manfaat skim insurans baharu, yang dibayar apabila cuaca panas mencapai ke tahap suhu tertentu.
Menurut Utusan Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif Climate Resilience for All, Kathy Baughman McLeod yang mencetuskan skim ini bersama Persatuan Wanita Bekerja Sendiri (SEWA) India berkata, ia adalah kali pertama pembayaran insurans dan program bantuan tunai langsung digabungkan untuk menambah pendapatan wanita yang terjejas akibat cuaca panas melampau.
“Ketika suhu panas mencecah 40 darjah Celsius antara 18 Mei dan 2 Mei lalu, golongan wanita yang bekerja sendiri di negeri Rajasthan, Gujarat dan Maharashtra menerima bayaran tetap sebanyak AS$5 (RM23.50),” katanya.
Lebih 46,000 wanita di 22 daerah di India menerima manfaat berjumlah AS$341,553 (RM1.6 juta) sepanjang gelombang panas bulan lalu.
Kira-kira 92 peratus menerima bayaran tambahan sehingga AS$19.80 (RM93) apabila insurans terikat dengan keadaan tempatan dan suhu panas melampau berlaku.
Pembayaran insurans ini cukup untuk memenuhi keperluan makanan dan ubat-ubatan mereka selama beberapa hari.
Ia ditaja oleh syarikat insurans Swiss Re dan dikendalikan secara tempatan oleh ICICI Lomba.rd.
Insurans semakin dilihat oleh pembuat polisi sebagai alat untuk membantu golongan rentan menerima sokongan kewangan dengan cepat akibat cuaca ekstrem.
Perubahan iklim semasa tempoh gelombang panas menyebabkan jutaan rakyat India berdepan pilihan sukar, sama ada perlu terus bekerja dalam keadaan berbahaya atau mungkin kelaparan kerana tiada pendapatan.




























