Pemandangan Sydney Opera House dan Harbour Bridge di Sydney.
SYDNEY: Tujuh lagi lokasi awam di Sydney termasuk sekolah, kompleks sukan dan pasar raya dikesan terdedah kepada pencemaran asbestos.
Menurut Utusan Malaysia, perkara itu disahkan oleh pihak berkuasa pencemaran bahan toksik itu semakin meluas dan pegawai berusaha mengeluarkannya dari tempat awam.
Kesan asbestos terikat ditemukan di 41 lokasi di seluruh bandar paling ramai penduduk di Australia sejak awal Januari lalu apabila ia dijumpai di sebuah taman permainan.
Susulan itu, kerajaan negeri New South Wales menubuhkan sebuah pasukan petugas memerangi asbestos untuk memberikan lebih banyak sokongan dan sumber kepada Pihak Berkuasa Perlindungan Alam Sekitar (EPA), salah satu siasatan terbesar agensi itu dalam beberapa dekad.
Setakat ini, pihak berkuasa sudah mengepung beberapa kawasan di taman rekreasi, tempat pelancongan popular dan menutup dua sekolah.
Tapak lain yang tercemar turut disekat daripada orang ramai.
Dalam kemaskini terbaharu EPA, hanya di bawah 700 ujian menunjukkan keputusan negatif pada Ahad, manakala hasil ujian daripada tiga sekolah masih belum diterima.
Konsert penyanyi terkenal, Taylor Swift yang akan berlangsung hujung minggu ini di barat bandar, akan diteruskan selepas ujian dilakukan di lokasi konsert itu.
Asbestos menjadi popular pada akhir abad ke-19 sebagai cara untuk mengukuhkan simen dan kalis api namun penyelidikan kemudian mendapati penyedutan gentian asbestos boleh menyebabkan radang paru-paru dan kanser.
Ia kini diharamkan di kebanyakan dunia.






























