Robot humanoid paling kecil dunia dicipta oleh pelajar Sekolah Lelaki Diocesan.
HONG KONG: Sekumpulan pelajar sekolah dari Hong Kong memecahkan Rekod Dunia Guinness selepas berjaya membina robot humanoid paling kecil di dunia.
Robot humanoid itu dibangunkan oleh pasukan robotik dari Sekolah Lelaki Diocesan yang terdiri daripada Aaron Ho Yat Fung, Isaac Zachary To, Justin Wang Tou Duong dan Ngo Hei Leung.
Menurut Utusan Malaysia, UPI News melaporkan, pelajar berkenaan membina robot berukuran 14.097 sentimeter (sm) tinggi, kira-kira 111.76sm lebih rendah berbanding ciptaan sebelum ini.
Empat pelajar tersebut berjaya mengatasi rekod dicipta oleh Zain Ahmad Qureshi pada tahun 2022.
Peraturan Rekod Dunia Guinness bagi kategori robot humanoid terkecil memerlukan `automaton’ berkebolehan untuk bergerak dengan dua kaki.
Malah, peraturan itu antara lain turut memerlukan robot tersebut melakukan pergerakan di bahagian bahu, siku, lutut dan pinggul.
Pelajar berkenaan berharap agar robot humanoid yang dicipta itu akan menjadi alat pendidikan kos rendah untuk pelajar berasal dari keluarga berpendapatan rendah.


































