Andi (tiga dari kiri) merakamkan gambar kenangan dalam Majlis Makan Malam Usahawan Sabah & Anugerah Usahawan Sabah East Chapter yang diadakan di Cinderella Grand Event Space Tawau
TAWAU: Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE) Sabah serta agensi-agensi di bawahnya terus komited dalam membantu para usahawam di negeri ini.
Pembantu Menteri MIDE, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, MIDE jelas membuktikan peranannya dalam membantu usahawan terutamanya melalui kursus-kursus peningkatan ilmu dan expo-expo promosi dalam dan luar negara.
Katanya, Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR), di bawah MIDE, juga mempunyai program BAIKS @ SME UP yang menyediakan geran mesin, pendigitalan, pembungkusan dan pensijilan yang akan membantu para usahawan untuk meningkatkan pengeluaran dan promosi produk mereka sehingga ke pasaran antarabangsa.
“Selain itu, Kementerian saya juga menyediakan platform penjualan produk-produk IKS seperti IKS MART yang akan dibuka, insya-allah di daerah Tawau dan Kalabakan nanti.
“Begitu juga DIDR mempunyai program Red Carpet ke Hypermarket seperti Bataras dan Petronas.
“Saya berharap program-program yang diadakan di bawah agensi Kementerian saya akan membantu lebih ramai usahawan untuk lebih berdaya saing dalam meningkatkan hasil jualan produk mereka.
“Sehubungan dengan itu, untuk berjaya para usahawan perlulah mengubah sikap ke arah lebih positif dan dinamik serta berminat untuk menimba ilmu dalam pelbagai aspek perniagaan. Ini kerana dalam era ekonomi berasakan pengetahuan atau disebut K-Ekonomi pada hari ini, hanya mereka yang berpengetahuan dan bermaklumat saja boleh berjaya,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Makan Malam Usahawan Sabah & Anugerah Usahawan Sabah East Chapter yang diadakan di Cinderella Grand Event Space Tawau, malam tadi.
Andi yang juga ADUN Tanjung Batu dan Ahli Parlimen Kalabakan turut memuji Dewan Perniagaan Usahawan Sabah (DPU) dan FNB Pantai Timur Sabah yang menganjurkan majlis anugerah malam itu, kerana mempunyai hasrat yang sama dengan MIDE iaitu membangunkan sektor keusahawanan di Sabah, khususnya usahawan di Tawau.
“Saya akui melahirkan usahawan berjaya bukanlah satu perkara yang mudah. Sudah tiba masanya umtuk kita sama-sama melipat gandakan usaha memberi dorongan dan sokongan kepada para usahawan.
“Saya percaya usahawan yang telah berjaya pada hari ini telah menempuhi pelbagai rintangan dan cabaran sepanjang mengusahakan perniagaan mereka.
“Sebagai contoh, Rosmie Snack Industri yang diusahakan oleh saudara Rozekin Suratman yang telah berjaya menembusi pasaran luar negara. Anak jati Tawau ini telah menembusi pasaran Jepun yang bukanlah mudah dan kita patut berbangga. Pencapaian yang telah dicapai oleh Rozekin boleh menjadi satu semangat kepada usahawan Sabah dan di Tawau khususnya,” katanya.
Selain itu, katanya, DPU dan FNB memainkan peranan yang aktif dalam berkongsi maklumat serta idea dengan usahawan baharu berkenaan pelbagai pendekatan untuk memantapkan lagi perniagaan masing-masing untuk lebih dikenali di seluruh Sabah dan Malaysia amnya.
Turut hadir,….































