Mayat lelaki hilang sejak sembilan hari lalu ditemukan dalam longkang berhadapan Kem Lok Kawi, Penampang kelmarin.
PENAMPANG: Selepas sembilan hari dilaporkan hilang, mayat lelaki ditemukan dalam longkang berhadapan Kem Lok Kawi, di sini pagi kelmarin.
Mayat lelaki berusia 33 tahun itu ditemukan pada pukul 8.35 pagi di dalam longkang oleh pekerja pembersihan yang sedang melakukan kerja-kerja pemotongan rumput di kawasan berkenaan.
Mangsa dilaporkan hilang dan tidak pulang ke rumah sejak 23 Julai lalu.
Menurut Utusan Malaysia, Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Sammy Newton berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan penunggang motorsikal telah terbabas sendiri.
Motosikal dinaiki mangsa yang sedang dalam perjalanan dari arah Kota Kinabalu menuju ke Papar telah hilang kawalan lalu terbabas dan masuk ke sebelah kiri longkang berhadapan Kem Lok Kawi.
“Akibat kemalangan tersebut, mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat ditemukan pekerja pembersihan di kawasan berkenaan.
“Manga adalah lelaki tempatan berumur 33 tahun dan telah dilaporkan hilang oleh keluarganya sebelum ini,” katanya.