Mayat mangsa dibawa ke daratan untuk diserahkan kepada pihak polis. – Ihsan Bomba
SEMPORNA: Mayat seorang kanak-kanak yang hilang dalam insiden bot karam tiga hari yang lalu ditemukan di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Air Semporna, PBT II Noorjali Maslah berkata, mangsa, Padli Ambit, 7, ditemui 300 meter dari lokasi kejadian mangsa dilaporkan hilang.
“Mangsa ditemui di kawasan perairan Kampung Pukas, pada jam 2.48 petang oleh anggota ATM yang bertugas.
“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada Jam 4.29 petang,” katanya.
Kejadian bot karam itu berlaku di Pulau Nusa Tengah, pada 14 Julai lepas, jam 2.41 petang.
Terdapat empat orang mangsa terlibat, iaitu tiga orang mangsa yang telah dijumpai oleh Polis Marin, di mana dua daripadanya selamat manakala seorang lagi, Nasirin Katibin, 7.