Peminat sepak takraw akan menyaksikan kejohanan peringkat tertinggi apabila Malaysia dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia.
KUALA LUMPUR: Malaysia telah dipilih oleh Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia Sepak Takraw yang dijangka berlangsung tahun depan.
Menurut Utusan Malaysia, Setiausaha Agung Istaf, Datuk Abdul Halim Kader berkata, PSM telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan kejuaraan tersebut dengan trofi kejohanan dicadangkan mengambil nama tokoh sepak takraw dari negara ini.
“Pada pertandingan itu nanti, fokus kita adalah kepada acara berpasukan serta beregu dan kita percaya Malaysia mampu untuk melaksanakan tugas besar itu dan ISTAF bersedia membantu dari segi teknikal,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PSM yang dipengerusikan kelmarin.
Selain memilih negara ini sebagai tuan rumah Piala Dunia yang dijangka membabitkan lebih 16 buah negara, Abdul Halim yang juga Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf ) turut bercadang untuk mengeksport jurulatih-jurulatih negara ini ke Asia Timur, Afrika dan Eropah.
“Saya tidak berminat hanya sebuah negara mendominasi penghantaran jurulatih ke luar negara, sekarang kita sedang fikirkan bagaimana hendak eksport jurulatih Malaysia.
“Jadi, ia secara tidak langsung akan menjadi pekerjaan kedua buat jurulatih berkenaan, selain itu, kita juga mencadangkan agar PSM turut mengeksport pemain Malaysia kerana ramai yang berbakat besar untuk beraksi di luar.
“Sebagai contoh pemain Malaysia di eksport ke Indonesia dan kita saling tukar cara bermain, sementara soal kontrak, kita boleh uruskan,” ujarnya.