LONDON: Seorang lelaki yang membunuh wanita warga emas berusia 71 tahun, sempat merakam beberapa video TikTok sedang menari bersama seorang model di kediaman mangsa di England.
Menurut Utusan Malaysia, Mirror melaporkan, Mohammed El-Abboud merakam video dirinya menari bersama teman wanita rakan subahatnya, Maria Amariucai di rumah Louise Kam yang terletak di Barnet Utara London
Mohammed yang bekerja sebagai penghantar barang, memuat naik video aksi menari berdua itu di hartanah mangsa, seolah-olah mereka adalah pemilik kediaman tersebut.
Mohammed bersama rakan subahatnya, Kusai Al-Jundi berkomplot untuk mencuri dan menipu Kam menandatangani dokumen surat kuasa bagi membolehkan mereka memperolehi hartanah mangsa bernilai jutaan Pound.
Selepas penipuan demi penipuan dalam cubaan untuk memperdaya Kam, mereka akhirnya membunuh mangsa dengan kejam pada Julai 2021.
“Tetapi apabila helah itu tidak menjadi, dia bersama Mohammed mencekik mangsa dengan wayar pengering rambut di kediaman mangsa.
“Komplot mereka terdedah apabila Mohammed menceritakan kisah sebenar kepada Amariucai,” jelas laporan itu.
Kini, Mohammed dan Kusai masing-masing dikenakan hukuman penjara 35 tahun selepas didapati bersalah membunuh Kam yang mereka cuba jerat mangsa dalam penipuan cinta bernilai 4.6 juta Pound (RM24.17 juta).
Dilaporkan, Amariucai pula berpaling tadah dan menjadi saksi utama kes berkenaan.