Chin (kiri) dan Ramlee menunjukkan dua hadiah menarik cabutan tiket bertuah iaitu kereta Perodua Axia dan sebuah motorsikal.
RANAU: Premis Perabot Liang Ranau Sdn Bhd, di sini akan mengadakan Sambutan Ulang Tahunnya yang ke-20 pada 8 Januari ini dengan menawarkan hadiah utama cabutan tiket bertuah berupa sebuah kereta Perodua Axia G Automatik.
Perabot Liang yang mengadakan acara itu di premisnya di Simpang Marakau terletak 1 kilometer dari pekan Ranau memulakan operasi perniagaannya pada 1 November 2002 dan merupakan cawangan pertama di Ranau selain beberapa cawangan di daerah lain di Sabah.
Pemiliknya, Chin Yun Hing berkata, pada mulanya premis tersebut dibuka di atas tapak seluas 20×40 kaki (800 kaki persegi) sahaja dan kini premis tersebut sudah berkembang melebihi 10,000 kaki persegi.
Kini, ia merupakan kedai perabot yang terbesar dan antara yang tertua di Ranau.
Kedai Perabot Liang Ranau kini dibantu oleh 17 orang pekerja tempatan manakala secara keseluruhan di negeri Sabah, ia kini memberi peluang pekerjaan kepada lebih 200 orang pekerja tempatan.

Chin (empat kiri) dan Ramlee (empat kanan) bersama sebahagian kakitangan Premis Perabut Liang Ranau.
Menurut Chin, antara rahsia kejayaan syarikat tersebut ialah menjual barangan pada harga yang sama dengan harga yang dijual di Kota Kinabalu tanpa mengira lokasi di Ranau yang terletak jauh dari pusat bandar.
“Kita banyak menjual pelbagai peralatan barangan berkualiti seperti meja tulis, katil, tilam almari kain, meja makan, kerusi, barangan letrik, sofa dan banyak lagi dengan harganya yang berpatutan.
“Maksudnya, penduduk di daerah ini tidak perlu menghabiskan masa, tenaga dan wang untuk pergi ke Kota Kinabalu untuk membeli sesuatu perabot kerana kita juga menjual perabot tersebut pada harga yang sama.
“Tambahan lagi, cawangan-cawangan kita juga dibuka di daerah-daerah kecil seluruh Sabah kecuali di Kota Kinabalu. Kerana kita mahu menawarkan barangan terbaik kepada masyarakat di luar bandar,” katanya.
Chin menambah, setakat ini syarikat beliau mempunyai cawangan di Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu, Beaufort, Kinarut, Ranau, Tambunan, Kinabatangan, Sandakan, Telupid, Semporna, Kunak dan Lahad Datu.

Pada masa yang akan datang, syarikat tersebut juga akan membuka cawangan di Keningau.
Pengurus Besar Perabot Liang, Ramlee Rasim berkata banyak pengalamat pahit manis yang ditempuhi sejak beliau bekerja di syarikat tersebut 20 tahun yang lalu dan mengongsikan bahawa ketabahan, disiplin dan komitmen adalah kunci kejayaannya di sini.
Berkenaan majlis ulang tahunnya yang ke-20 pada 8 Januari, Chin berkata, ia bakal dirasmikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga ADUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir.
Menurutnya, tmajlis itu akan urut dihadiri oleh Presiden Persatuan Hakka Ranau merangkap Kapitan Cina Paginatan, Datuk Jimmy Tham Nyuk Leong dan Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Simiun Lomudin.
Ia juga bakal diserikan dengan cabutan tiket bertuah yang secara keseluruhannya menawarkan hadiah-hadiah bernilai RM100,000 termasuk sebuah kereta jenis Perodua Axia yang berharga RM37,000 dan beberapa barangan lain seperti motosikal, peti sejuk, televisyen dan banyak lagi.
Chin ketika ditemui turut berkongsi objektif program itu juga sebagai menghargai sokongan pelanggan selama ini.
Katanya, syarikat tersebut akan turut memberi sumbangan yang dianggarkan berjumlah RM5,000 setiap satu kepada tiga badan kebajikan, iaitu Rumah Anak Yatim Don Bosco, Rumah Putera Harapan dan Pusat Dalam Komuniti Ranau.
Beliau turut menjemput orang ramai yang tinggal di sekitar pekan Ranau dan penduduk kampung-kampung berhampiran supaya hadir bagi memeriahkan suasana majlis tersebut.