Toh Puan (enam dari kanan) dan Huang sempat merakam gambar kenangan sebelum perlawanan bermula.
TENOM: Buat julung kalinya, Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah R.M Jasni berganding dengan Konsul Jeneral Republik China di Kota Kinabalu, Dr Huang Shifang sebagai pasangan regu badminton.
Pasangan Toh Puan Norlidah dan Shifang menentang pasukan Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Daerah Tenom dalam perlawanan persahabatan badminton sempena lawatan rasmi beliau selama dua hari ke daerah tersebut.
Hadir sama, Pegawai Daerah Tenom, Mas Syazwan Masood, Pengerusi Puspanita Tenom, Mastizah Samad dan Isteri Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Datin Wahida Mardiana Norsalim.































