Anwar Ibrahim
KOTA KINABALU: Keadaan politik di Sabah bertambah baik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, beliau dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang mencari formula yang baik untuk Sabah.
“Keadaan bertambah baik. Saya dan Datuk Zahid sedang cari formula yang baik umtuk Sabah.
“Dan keputusan ini diputuskan oleh kepimpinan Sabah sendiri…kita hanya mampu beri nasihat,” katanya ketika ditemui media selepas sesi pertemuan dengan Ahmad Zahid, Ketua Menteri dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Haji Noor, Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal di Magellan Sutera Harbour, di sini, malam ini.
Selepas itu, Anwar dan Ahmad Zahid mengadakan sesi pertemuan dengan ADUN-ADUN GRS di Sri Gaya.































