Ewon Benedick
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ewon Benedick akan mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Singapura bermula hari ini.
Ewon yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) akan menghadiri Singapore-Sabah Business Roundtable 2026 yang melibatkan penyertaan 50 syarikat dan akan menyampaikan ucaptama.
Invest Sabah dan MIDA Singapore juga akan menyampaikan pembentangan semasa dialog meja bulat tersebut.
Ewon juga akan merasmikan Expo Experience Sabah 2.0 yang dianjurkan oleh Sabah Trade and Tourism Office Singapore (STTOS), agensi di bawah MINDET.
Ewon juga akan mengadakan kunjungan hormat kepada Minister of State for Foreign Affairs Singapore, Zhulkarnain Abdul Rahim.
Ewon juga akan mengadakan kunjungan ke Hab Inovasi Accenture Singapore.
Delegasi lawatan kerja tersebut akan turut disertai oleh Setiausaha Tetap MINDET, KKIP, SEDCO, Invest Sabah, SMJ Energry dan Sabah Oil and Gas Services Council (SOGSC).






























