Hajiji (kanan) berbincang dengan Mohammad Iman semasa pertemuan mereka hari ini.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia, Raden Dato’ Mohammad Iman Hascarya di Sri Gaya di sini hari ini.
Mereka membincangkan hubungan dua hala termasuk peluang perdagangan yang lebih luas antara Indonesia dan Sabah.
Mohammad Iman yang dilantik pada 8 Oktober tahun lalu, sebelum itu menghadiri World Green and Sustainability Summit di Shangri-La Tanjung Aru Resort.




























