Hajiji (kanan) bersama Anwar (tengah) dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kiri).
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-148 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong mengiringi Ketua Menteri.
Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Pada esok dan Khamis Ketua Menteri akan mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-271 di Istana Negara.

































