Mohd. Yaakob Jaafar
KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) akan terus memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan ekonomi negeri ini.
Di bawah rangka kerja Incentive-Based Regulation (IBR), pelbagai projek teknikal dan bukan teknikal telah dan akan terus dilaksanakan, dengan vendor tempatan yang berkelayakan turut diberikan peluang serta tanggungjawab untuk melaksanakan projek-projek berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Datuk Ir. Ts. Mohd. Yaakob Jaafar berkata, pada tahun 2024, nilai keseluruhan kontrak yang telah dianugerahkan kepada vendor tempatan berjumlah RM406 juta, manakala setakat Julai 2025, nilai kontrak yang telah diberikan mencecah RM117 juta.
Beliau berkata, Sabah Electricity akan terus mengutamakan penyertaan vendor tempatan dalam kontrak tender terbuka di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, kerana langkah ini bukan sahaja menyokong sektor perniagaan tempatan tetapi juga menghasilkan limpahan ekonomi dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.






























