Suasana ketika pertandingan taekwondo SAGA XI berlangsung pada hari pertama.
TAWAU: Hari pertama acara taekwondo menawarkan empat pingat emas pada Sukan Sabah (SAGA) XI 2025.
Daerah Tuaran membuka tirai kejayaan apabila atletnya, Ugintran Muniandy, merangkul pingat emas pertama taekwondo bagi kategori Male Open Fin bawah 54.0kg.
Pingat perak pula disandang oleh peserta Tenom, Muhammad Syahzley Danley manakala peserta Kobe Cruz Orow dari Kota Kinabalu dan Jackson Able Jenneime (Sook) berkongsi pingat gangsa.
Bagi kategori Female Open Fin bawah 46.0 kg, Sukie Alinskie J Palikat menghadiahkan pingat emas kepada Kota Kinabalu selepas mengalahkan peserta dari Tuaran, Syahirah Anniz sebagai penerima pingat perak.
Manakala gangsa masing-masing disandang oleh Aveianca Octovia Lim Zhi Ling dan Nur Elly Shahrizah Rithaudden dari Telupid dan Semporna.
Pingat emas ketiga pula menjadi milik Mohammad Daafi Syah Mohd Iskandar Syah dari daerah Ranau dalam kategori Male Open Fly bawah 54.1 kg – 58.0 kg.
Pingat perak pula dimenangi oleh Azzar Amirudin mewakil Lahad Datu dan peserta dari Beluran dan Tenom iaitu Mohammad Zuldanial Allan dan Baxter Putra Ho masing-masing berkongsi pingat gangsa.
Kategori Female Open Fly 46.1 – 49.0 kg pula Erin Farhanah Amri berjaya membawa pulang pingat emas bagi daerah Kuala Penyu, manakala perak disandang oleh peserta dari Tawau, Nurul Zhahirah Aqilah Tan dan gangsa milik daerah Tenom, Erica Putri Ho dan Kunak, Darelline Jane David.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Presiden Persatuan Taekwondo Bersatu Sabah, Francis Langkab.






























