Gambaran MetMalaysia berkaitan gegaran lemah yang berlaku di Batu Pahat pagi tadi.
BATU PAHAT: Satu lagi gegaran lemah dilaporkan berlau awal pagi tadi menjadikan kali ketiga sejak bulan lalu di Batu Pahat.
Menurut Utusan Malaysia, gegaran dilaporkan berlaku pada pukul 9.04 pagi itu berkoordinat 1.7° Utara dan 103.1° Timur dengan 3.5 magnitud pada jarak 25 kilometer di tenggara Batu Pahat pada kedalaman 10 kilometer.
Menurut laporan MetMalaysia, gegaran itu mungkin dirasai di sekitar bandar Batu Pahat dan akan terus memantau keadaan ini.
Pada bulan Ogos lalu, satu gegaran lemah pada 2.9 magnitud berlaku kira-kira 25 kilometer barat daya Batu Pahat pada kedalaman 10 kilometer dan dikatakan dirasai oleh penduduk di sekitar Semerah.
Satu lagi gegaran lemah pada magnitud dan kedalaman sama turut dikatakan berlaku di Sri Medan Batu Pahat namun kedua-dua kejadian itu tidak memberikan apa-apa kesan kepada penduduk di kawasan terlibat.


































