Japlin menyampaikan cek replika RM100,000 kepada Diyanah sambil diperhatikan oleh Sumardi dan Ezrie.
KOTA KINABALU: Cement Industries (Sabah) Sdn. Bhd. (CIS) menyumbangkan RM100,000 kepada Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) dalam satu majlis ringkas di Menara Kinabalu, di sini, kelmarin.
Ia merupakan sebahagian daripada komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat dalam menyokong kebajikan masyarakat di Sabah.
Sumbangan tersebut diserahkan oleh Pengerusi CIS, Datuk Japlin Akim kepada Pengarah YKS, Datuk Diyanah Abdullah.
Turut hadir, Pengurus Besar CIS, Sumardi Mohd. Yusuf dan Pengurus Kanan Sumber Manusia, Ezrie Ag. Raini.
Japlin berkata, CIS sentiasa prihatin terhadap keperluan komuniti dan komited untuk terus memainkan peranan dalam meningkatkan kesejahteraan


































