Hajiji bersama tetamu kehormat bergambar bersama peserta berhampiran gerbang truss (titik permulaan).
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor, melepaskan peserta Larian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA XX) Zon Sabah ke-20 yang berlangsung di Stadium Likas, malam ini.
Seramai 2,515 peserta daripada sektor kerajaan dan orang awam mengambil bahagian dalam larian yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu 5km dan 10km.
Sebanyak 1,700 peserta menyertai kategori 5km manakala 815 peserta lagi menyertai kategori 10km.
MAPPA XX dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (Persekutuan) melalui Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Sabah.
Turut hadir ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Christina Liew; Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Dr Mohd Bakhari Ismail dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Seri Haji Rosli Isa.


































