SEPANG: Lelaki berusia 50 tahun yang terjun ketika cuba menyelamatkan botnya di rumah api di Pantai Sungai Pelek petang Sabtu lalu ditemukan lemas pagi kelmarin.
Menurut Utusan Malaysia, mayat mangsa ditemukan kira-kira pukul 11 pagi kelmarin di kawasan Jimah Power, Port Dickson, iaitu sejauh lima kilometer (km) daripada lokasi mangsa dilaporkan lemas
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang awam yang telah menyalurkan maklumat serta semua agensi yang terlibat dalam usaha mengesan mangsa,” katanya ketika dihubungi kelmarin.
Sebelum ini, seorang lelaki bertindak terjun ke laut berhampiran rumah api di Pantai Sungai Pelek, di sini dalam usaha menyelamatkan botnya yang hanyut dibawa arus.
Dalam kejadian kira-kira 5.27 petang itu, mangsa dilaporkan lemas akibat di bawa arus deras.

































