Dr. Joachim bergambar kenangan dengan penduduk Kampung Lobou Baru selepas menghadiri Hari Raya Riang Ria di situ.
RANAU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam bersama isteri, Datin Seri Linda Ewit menghadiri dan merasmikan sambutan Hari Raya Riang Ria peringkat Kampung Lobou Baru yang berlangsung di balai raya kampung tersebut, kelmarin (4 April).

Dr. Joachim (tengah) dengan diiringi Pengerusi JKKK Samsuri Sharif (dua dari kiri) serta yang lain berjalan di sekitar Kampung Mesilou ketika menuju ke rumah terbuka penduduk kampung di situ.
Dr. Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) tidak putus-putus menerima jemputan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang sejak hari pertama Syawal sehingga ke hari ini.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menjemput saya untuk hadir dan meraikan Hari Raya di sini,” katanya.

Dr. Joachim menyantuni tuan rumah, Jaidi@ Okong Keritiman ketika menghadiri rumah terbuka Aidilfitri di Kampung Mesilou, Kundasang.
Dr. Joachim turut menyatakan bahawa sambutan Hari Raya pada tahun ini begitu meriah dan diraikan oleh masyarakat dari pelbagai lapisan.
“Di negeri Sabah ini, kita meraikan pelbagai perayaan. Hari ini kita menyambut Hari Raya Aidilfitri, begitu juga dengan sambutan perayaan lain seperti Krismas dan Pesta Kaamatan,” katanya.
“Itulah keunikan negeri Sabah,” tambahnya.

Dr. Joachim menyampaikan sumbangan buah tomato kepada penduduk Kampung Lobou Baru.
Turut hadir mengiringi Dr. Joachim dalam ziarah Aidilfitri ini ialah Setiausaha Sulit, Japli Sami; Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Dounis Sani bersama kakitangan UPPM DUN Kundasang serta Pegawai- pegawai kepada Dr. Joachim.

Dr. Joachim (tengah) bersama Linda (kanan) diiringi Pengerusi JKKK Kg Naradau, Suidi@ Rosnim Dani menziarahi seorang warga emas yang sakit.
Selepas itu, Dr. Joachim turut menziarahi seorang warga emas yang uzur dan terlantar di Kampung Naradau sebelum meneruskan sambutan Hari Raya di Kampung Semuruh, Kampung Pinausuk dan Kampung Mesilou.


































