Harvey Elliot menjaringkan gol kemenangan Liverpool ke atas Lille dalam saingan Liga Juara-Juara di Anfield pagi ini.
LONDON: Liverpool mengekalkan rekod cemerlangnya dalam saingan Liga Juara-Juara sekali gus menjamin tempat mereka secara automatik ke pusingan 16 selepas menewaskan Lille 2-1 di Anfield pagi ini.
Menurut Utusan Malaysia, jaringan keramat Harvey Elliot mengesahkan kemenangan ketujuh pasukan kendalian Arne Slot selepas pelawat kembali bernafas selepas Jonathan David menafikan jaringan pendahuluan Mohamed Salah sebelum itu.
Kemenangan itu membolehkan Liverpool kekal berkelebihan tiga mata berbanding Barcelona yang bangkit dari ketinggalan 4-2 untuk menewaskan Benfica 5-4.
Perlawanan menentang Liverpool itu juga merupakan kekalahan pertama Lille dalam 22 perlawanan dan wakil Perancis itu kekal di tangga 11 Liga Juara-Juara.
Keputusan
Atalanta 5-0 Sturm Graz
Monaco 1-0 Aston Villa
Bratislava 1-3 Stuttgart
Brugge 0-0 Juventus
Atl. Madrid 2-1 Bayer Leverkusen
Benfica 4-5 Barcelona
Liverpool 2-1 Lille
Bologna 2-1 Borussia Dortmund
Red Star 2-3 PSV Eindhoven































