KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, Kerajaan Sabah akan mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan untuk memasukkan kemerdekaannya daripada British pada 31 Ogos 1963 dalam buku teks sejarah, lapor The Star.
“Hari Sabah menandakan pembebasan atau kemerdekaan Sabah daripada penjajahan British dan tidak pernah disambut selama 60 tahun,” katanya kepada pemberita pada sidang media sempena sambutan julung kali Hari Sabah di sini Isnin.
Dr. Jeffrey berkata, Kerajaan Sabah telah mengisytiharkan Hari Sabah secara rasmi melalui warta pada 5 Jun lalu.
“Menghidupkan kembali sejarah yang hilang ini sangat penting kerana ia adalah apabila kita menuntut hak sama rata dengan Sarawak dan Tanah Melayu (Semenanjung),” kata Kitingan, yang juga Pengerusi jawatankuasa penganjur Hari Sabah 2024.
Beliau berkata, sambutan rasmi Hari Sabah akan diadakan di Padang Merdeka mulai 6 petang pada 31 Ogos, buat kali pertama tahun ini.
Pelbagai acara termasuk pameran berkaitan sejarah Hari Sabah telah dirancang sempena sambutan itu.
Sabah juga akan mengadakan sambutan Hari Kebangsaan dengan perarakan pada pagi 31 Ogos.
































