Penyerang Perancis, Kylian Mbappe memakai topeng muka tiga warna ketika dia mengambil bahagian dalam sesi latihan di Stadium Leipzig.
LEIPZIG: Penyerang sensasi Perancis, Kylian Mbappe dilarang memakai topeng muka khas yang kini beliau gunakan semasa menjalani latihan.
Menurut Utusan Malaysia, bintang baharu Real Madrid itu memakai topeng muka tiga warna pada sesi latihan bagi persiapan menentang Belanda, awal pagi ini.
Persekutuan Bolasepak Eropah (UEFA) menyatakan undang-undang mereka bahawa topeng muka yang dibenarkan dalam padang hanya memiliki satu warna sahaja.
Hal ini menyebabkan topeng muka yang dipakai olehnya ketika menjalani latihan dilarang serta merta pada pertembungan bersama skuad Oranje.
Bagaimanapun, Mbappe tidak ada masalah berkenaan topeng terbabit susulan beliau memiliki beberapa yang mempunyai satu warna sahaja.
Pemain berusia 25 tahun itu sempat berseloroh dalam laman X miliknya berkenaan larangannya itu.
“Sesiapa boleh beri idea untuk topeng muka baharu?,” katanya menerusi laman X miliknya.
Terdahulu, hidung Mbappe patah ketika aksi pertama kumpulan D selepas berlaga bahu dengan pertahanan Austria, Kevin Danzo.
Susulan daripada itu, beliau memakai topeng khas bagi melindungi hidungnya biarpun belum pasti diturunkan untuk menentang Belanda, awal pagi ini.
































