Janglitan H9N2 kedua terhadap manusia dikesan di India selepas kes pertama pada 2019.
NEW DELHI: Satu kes jangkitan selesema burung, H9N2 terhadap manusia dikesan di negeri Bengal Barat, India melibatkan seorang kanak-kanak berusia empat tahun.
Menurut Utusan Malaysia, pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi kanak-kanak (ICU) hospital tempatan kerana masalah pernafasan teruk, demam panas dan kekejangan perut Februari lalu, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Bagaimanapun, kanak-kanak terbabit dibenarkan keluar tiga bulan kemudian selepas diagnosis dan rawatan.
Menurut WHO, pesakit itu terdedah kepada ternakan ayam dan itik di rumah serta persekitarannya, namun tiada simptom penyakit pernafasan turut dilaporkan dalam kalangan keluarga dan kontak rapat.
Maklumat mengenai status vaksinasi dan butiran rawatan antivirus tidak tersedia pada masa laporan, kata agensi itu.
Ini adalah jangkitan selesema burung H9N2 kedua terhadap manusia dilaporkan dari India, dengan kes pertama adalah pada 2019.
Walaupun virus H9N2 biasanya cenderung menyebabkan gejala ringan, WHO berkata, kes manusia sporadis selanjutnya boleh berlaku kerana ia adalah salah satu virus selesema burung yang paling lazim menular terhadap ayam di kawasan berbeza.
Tiada maklum balas segera daripada Kementerian Kesihatan India berhubung kes itu.






























