Keadaan kanak-kanak berusia 9 bulan yang diselamatkan selepas terkunci dalam kereta di Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 bulan terkunci dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi di parkir berhampiran sebuah bank di Jalan Gaya, di sini, pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, panggilan mengenai kejadian itu diterima pada jam 11.28 pagi menerusi talian kecemasan MERS999.
Katanya, dua anggota diketuai Komander Operasi, PB Kamally Marzuki dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Setiba di sana, mereka bertindak membuka pintu kereta yang terkunci menggunakan peralatan khas.
Setelah memastikan keadaan selamat operasi ditamatkan pada jam 11.44 pagi.


































