Pekerja mengeringkan air hujan di kawasan lantai mataf Masjidil Haram di Mekah.
RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dengan kerjasama Universiti Umm Al-Qura Makkah, melancarkan inisiatif baharu bagi memperkasa dan meningkatkan kemahiran pekerja yang berkhidmat untuk jemaah haji dan umrah serta pelawat di negara itu.
Program diberi nama Inisiatif Rafid Al-Haramain itu melibatkan usaha melatih lebih 100,000 pekerja dalam sektor awam, swasta dan bukan keuntungan.
Menurut Utusan Malaysia, Arab News melaporkan, setiap peserta akan dilatih untuk memastikan perkhidmatan yang mereka tawarkan berkualiti tinggi dan meninggalkan kesan positif yang berpanjangan kepada pelawat di Arab Saudi.
Empat program latihan lengkap tersebut turut merangkumi penjagaan untuk Dua Masjid Suci dan pengunjungnya.
“Pelatih akan mendapat manfaat daripada kepakaran terbaik tempatan dan antarabangsa.
“Mereka yang berminat boleh mengisi borang permohonan secara atas talian,” lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).
































