Dham Holik (duduk tengah) dalam sidang akhbar yang diadakan di pejabat KPU.
JAKARTA: Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU) Indonesia memaklumkan pihaknya melakukan pengiraan semula undi di 1,747 pusat mengundi yang terletak di 20 wilayah.
Menurut Utusan Malaysia, CNN Indonesia melaporkan, anggota KPU, Idham Holik berkata, pengiraan semula undi itu dilaksanakan selepas mengambil kira beberapa perkara yang dikemukakan kepada pihaknya.
Antara perkara tersebut termasuk hasil dapatan Badan Pengawas Pemilihan Umum (Bawaslu) dan ketidaktepatan menulis hasil kiraan undi pada keputusan plano borang C.
“Proses pengiraan semula undi berlaku di 1,747 pusat mengundi di seluruh 148 daerah dan bandar, dengan membabitka 545 mukim dan 1,154 kampung,” katanya.
Jelas beliau, Sumatera Barat dan Sulawesi Selatan antara dua wilayah, dengan pengiraan semula undi dilakukan banyak.
Katanya, wilayah lain yang turut terlibat dalam proses pengiraan semula undi adalah Nusa Tenggara Barat, Sulawesi Barat, Jawa Timur, Jambi dan Sulawesi Tenggara.
Turut terlibat Riau, Kepulauan Riau, Bangka Belitung, Gorontalo, Jawa Tengah, Banten, Sulawesi Utara, Jawa Barat, Bali, Kalimantan Barat, Jakarta, Kalimantan Tengah dan Lampung.
Sementara itu, Idham dalam sidang akhbar mendedahkan pengundian semula dan pengundian tambahan diadakan di beberapa wilayah.
“Pengundian semula itu berlaku di 38 wilayah yang membabitkan sebanyak 686 pusat mengundi.
“Sebanyak 225 pusat mengundi melaksanakan pengundian tambahan, selain jumlah itu ia juga dijalankan di 75 pusat mengundi,” katanya.
Dilaporkan, pada masa ini, pengiraan semula undi sedang dijalankan di mukim dan akan diteruskan di peringkat daerah, bandar, wilayah dan kebangsaan.


































