Keadaan kenderaan yang dihempap pokok tumbang di Ranau. – Ihsan Bomba
RANAU: Sebuah kenderaan jenis Toyota Avanza dihempap sebatang pokok tumbang ketika diparkir di tepi Jalan Lohan, di sini, hari ini.
Mujur kenderaan itu kosong ketika kejadian itu berlaku.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, PPgB Ridwan Mohd. Taib berkata, panggilan mengenai kejadian itu diterima menerusi talian balai pada jam 1.03 petang tadi , dan sepasukan enam anggota diketuai Pegawai Operasi, PBKII Becket Gumat bersama dua buah jentera FRT dikejarkan ke lokasi.
Setiba di lokasi yang terletak 11 kilometer dari BBP itu, didapati berlaku satu insiden melibatkan pokok tumbang menghempap sebuah Toyoto Avanza menyebabkan kerosakan pada bahagian depan kenderaan tersebut.
“Pasukan bomba bertindak memotong dan mengalihkan pokok tumbang menggunakan peralatan khas,” katanya.
Menurut Ridwan, tiada mangsa dilaporkan terlibat kerana tiada individu berada dalam kereta yang sedang diletakkan di tepi jalan itu dan operasi tamat pada jam 1.43 petang.































