Azizah dari kanan) bersama Ng, Malianah, Diana serta ahli jawatan Wanita GRS yang lain.
KOTA KINABALU: Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mengadakan jelajah meliputi enam zon di Sabah yang dijangka akan dilancarkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 23 Julai depan.
Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Azizah Mohd. Dun berkata, lebih kurang 500 wanita GRS dari seluruh Sabah dijangka akan hadir. Ia melibatkan enam zon iaitu Zon 1 (Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu, Kudat), Zon 2 (Sepanggar, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan), Zon 3 (Papar, Kimanis, Beaufort, Sipitang), Zon 4 (Ranau, Keningau, Tenom, Pensiangan), Zon 5 (Beluran, Kinabatangan, Libaran, Batu Sapi, Sandakan) dan Zon 6 (Lahad Datu, Semporna, Tawau, Kalabakan).
Beliau berkata, untuk permulaan Jelajah Wanita GRS di enam zon akan dimulakan di peringkat negeri yang akan diadakan pada 23 Julai ini dan selepas itu di setiap zon yang akan dihadiri oleh Wanita GRS di setiap zon.
Beliau berkata demikian semasa mempengerusi Mesyuarat Wanita GRS di Pejabat GRS Alamesra, di sini, semalam.
Turut hadir Timbalan Pengerusi GRS, Datuk Flovia Ng (STAR), Datin Malianah Ugau (PBS), Norizah Mohammad Noor (SAPP), Puan Sri Diana Diego (USNO), Glenna Wong Kuen Yin (LDP), Norizian Dumit (PHRS), Penolong Setiausaha GRS, Salmah Sait dan ahli-ahli jawatankuasa Wanita GRS Sabah.
Azizah turut mengalu-alukan penyertaan Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan LDP dalam GRS.
“Wanita GRS akan terus turun ke akar umbi bagi memastikan kemenangan GRS dalam pilihan raya akan datang. Wanita GRS menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor selaku Pengerusi GRS dan Ketua Menteri Sabah, kerana komitmen beliau terhadap agenda Sabah First memastikan pembangunan sama rata untuk semua rakyat Sabah tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.
“Wanita GRS turut menyatakan sokongan padu mereka kepada Kerajaan GRS dan mengharapkan kerjasama erat terutamanya di peringkat akar umbi menyatukan lebih ramai rakyat Sabah untuk menjadi sebahagian daripada perjuangan gabungan itu,” katanya.































