KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Masidi Manjun menzahirkan penghargaan atas komitmen Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun dalam melaksanakan tanggungjawabnya menjaga keselamatan dan ketenteraman negeri.
Masidi yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Jauteh di pejabatnya di sini, hari ini.
Dalam kunjungan itu, beliau turut merakamkan penghargaan atas kesudian Jauteh mengadakan kunjungan berkenaan.
Sementara itu, Jauteh turut menyampaikan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sabah atas kerjasama dan bantuan yang diberikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah dalam memperkukuh pelaksanaan tugas serta tanggungjawab kepolisan di negeri ini.
































