Hajiji (kanan) membincangkan sesuatu dengan Spišiak.
KOTA KINABALU: Republik Slovakia menyatakan minat untuk meneroka peluang pelaburan di Sabah dalam pelbagai sektor, termasuk pengurusan pemantauan jalan raya.
Duta Republik Slovakia ke Malaysia, Peter Spišiak, berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, di Menara Kinabalu di sini hari ini.
Spišiak berkata Slovakia turut mempunyai kepakaran dalam pemantauan air dan sektor pertahanan, selain berharap dapat meneroka potensi kerjasama dengan Sabah dalam bidang berkenaan.
Sebagai maklum balas, Hajiji mengalu-alukan minat mendalam Slovakia untuk menjalinkan kerjasama perniagaan dengan Sabah.
Turut mengiringi Spišiak ialah Pegawai Diplomatik Perdagangan dan Hal Ehwal Ekonomi Kedutaan Slovakia, Natália Furdová, serta Konsul Kehormat Republik Slovakia di Kota Kinabalu, Datuk Seri Panglima Wong Khen Thau.
Turut hadir ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela Malakun.






























