KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) hari ini mengumumkan pelantikan 25 Ketua Bahagian (Penaja) baharu menerusi penstrukturan semula bahagian mengikut kawasan Parlimen, dalam usaha memperkukuh struktur organisasi serta memperkasa kepimpinan parti di peringkat bahagian.
Ketua Menteri yang juga Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor berkata, kekuatan sesebuah organisasi bukan hanya bergantung kepada individu yang memimpin, tetapi kepada kerjasama seluruh pasukan serta keupayaan kepimpinan bahagian menterjemahkan agenda parti dalam bentuk khidmat yang dirasai masyarakat.
“Kita mahu setiap bahagian menjadi organisasi yang hidup, aktif dan benar-benar memahami denyut nadi rakyat.
“Ketua Bahagian bukan sekadar memegang jawatan, tetapi memikul amanah untuk membina organisasi, menyatukan ahli dan membawa suara masyarakat ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Hajiji (duduk, lima dari kiri) pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat AMT Gagasan Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, hari ini.
Beliau berkata, pelantikan itu bukan sekadar pengisian jawatan, sebaliknya sebahagian daripada usaha membina kepimpinan merentas generasi yang mampu bergerak seiring dalam menghadapi cabaran politik dan tuntutan masyarakat semasa.
“Kita mahu membina satu pasukan yang menggabungkan pengalaman dengan tenaga baharu. Pemimpin senior mempunyai pengalaman dan kebijaksanaan yang sangat bernilai, manakala pemimpin muda dan muka baharu membawa perspektif serta idea yang segar.
“Gabungan ini penting supaya organisasi kita tidak hanya kukuh dari segi pengalaman, tetapi juga sentiasa bersedia melakukan pembaharuan dan bergerak mengikut perkembangan semasa,” katanya.
Pelantikan itu menampilkan gabungan pemimpin senior berpengalaman, tokoh muda yang bertenaga serta beberapa muka baharu daripada pelbagai latar belakang, kepakaran dan pengalaman.
Pemilihan 25 Ketua Bahagian (Penaja) dibuat selepas mengambil kira faktor pengalaman, kemampuan memimpin, rekod khidmat kepada masyarakat, penerimaan di peringkat akar umbi serta keupayaan menggerakkan organisasi secara berkesan dan efektif.
Hajiji berkata, Ketua Bahagian (Penaja) yang dilantik mempunyai tanggungjawab besar untuk memperkemas organisasi, memperkukuh jaringan akar umbi dan memastikan parti sentiasa membawa aspirasi serta dekat dengan rakyat.
Pelantikan itu juga akan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh struktur bahagian, memperluaskan keahlian, menggerakkan aktiviti di peringkat akar umbi serta membentuk pasukan kepimpinan yang berkesan di setiap kawasan.
Beliau berkata, gabungan pemimpin senior, tenaga muda dan muka baharu diharapkan menjadi titik tolak kepada pembentukan satu saf kepimpinan yang lebih kukuh, tersusun dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.
Dengan menggabungkan pengalaman pemimpin senior, semangat anak muda dan penyertaan muka baharu, barisan 25 Ketua Bahagian (Penaja) itu diyakini mampu memberikan nafas baharu kepada organisasi serta memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap perjuangan parti.
Berikut ialah senarai 25 Ketua Bahagian (Penaja) yang dilantik:
- Kudat – Dato’ Sri Ruddy Awah
- Kota Marudu – Saripin Magana
- Kota Belud – Datuk Mohd Arsad Hj Bistari
- Tuaran – Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor
- Sepanggar – Datuk Mohamed Razali Mohamed Razi
- Kota Kinabalu – Datuk Faisyal YH Diego
- Putatan – Shah Alfie Yahya Ahmad Shah
- Penampang – Datuk Ceasar Mandela Malakun
- Papar – Dato’ Sri Gulamhaidar Khan Bahadar
- Kimanis – Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif
- Beaufort – Datuk Isnin Hj Aliasnih
- Sipitang – Datuk Dr Yusof Yacob
- Ranau – Datuk Seri Masidi Manjun
- Keningau – Datuk Azaman Ruslan
- Tenom – Datuk Rubin Balang
- Pensiangan – Datuk Abdul Ghani Yassin
- Beluran – Datuk James Ratib
- Libaran – Datuk Haji Hazem Mubarak Tun Musa
- Batu Sapi – Datuk George Hiew Vun Zin
- Sandakan – Datuk Awang Kadin Tang
- Kinabatangan – Datuk Masiung Banah
- Lahad Datu – Ir Haji Rajesh Datuk Haji Yusof
- Semporna – Datuk Dr Mohd Jasmin Julpin
- Tawau – Datuk Haji Nizam DSP Abu Bakar Titingan
- Kalabakan – Dr Andi Md Shamsureezal Mohd Sain
Dalam perkembangan sama, Gagasan Rakyat turut mengumumkan barisan Ketua Pergerakan Pemuda, Ketua Pergerakan Wanita dan Ketua Pergerakan Beliawanis bagi kesemua 25 bahagian.
Ketua Pergerakan Pemuda:
- Kudat – Asmey Ruddy
- Kota Marudu – Datu Farid Datu Liman
- Kota Belud – Mohd Faizul Hj Jufri
- Tuaran – Datuk Mohd Ghazali Hajiji
- Sepanggar – Abqaree Fawwaz Abekan
- Kota Kinabalu – Syahrul Safwan Najwan Faisyal
- Putatan – Burhanuddin Yahya
- Penampang – Lee Ka Lik
- Papar – Datuk Azrul Ibrahim
- Kimanis – Agku Jamaludin Pg Mohd Yassin
- Beaufort – Irfan Fajri Isnin
- Sipitang – Agku Zaidi Pg Wahab
- Ranau – Mohd Sharin Mujin
- Keningau – Mohd Fazhirul Fadli Samat
- Tenom – Suffainder Sukimin
- Pensiangan – Awangku Azuan Hj Hamzah
- Beluran – Justinus Jalang
- Libaran – Wafi Kasim
- Batu Sapi – Nizram Ahmad
- Sandakan – Faris Fadilla Ag Kamarudin
- Kinabatangan – Willy Frous Darinsok
- Lahad Datu – Alif Afiandy Ali
- Semporna – Noorudin Abd Hussin
- Tawau – Fandi Ahmat
- Kalabakan – Mohd Al Amin Mohd Yasen
Ketua Pergerakan Wanita:
- Kudat – Norlizah Hj Gurahman
- Kota Marudu – Datuk Redonah Bahanda
- Kota Belud – Sharifah Gundah
- Tuaran – Noorziah Mastan
- Sepanggar – Datuk Aziah Hj Atoh
- Kota Kinabalu – Hjh Salmi Sarinoh
- Putatan – Daliah Mohd Zain
- Penampang – Mary June G Kinsuat
- Papar – Fahzean Mohiddin
- Kimanis – DG Hairena Ag Basir
- Beaufort – Ed Farizah Edeh
- Sipitang – Datuk Surinam Sadikun
- Ranau – Jalisa Nasiri
- Keningau – Datuk Hajah Amelia Ajun
- Tenom – Sabini Ansumor
- Pensiangan – Sitam Ansula
- Beluran – Memah Masran
- Libaran – YB Senator Datuk Annabell @ Suziana Perian
- Batu Sapi – Asmah Nurdin
- Sandakan – Normawati Sarjam
- Kinabatangan – Jalilah Apiang
- Lahad Datu – Datuk Mizma Apehdullah
- Semporna – Datin Saadiah Abdul Rashad
- Tawau – Maimunah Mahmud
- Kalabakan – Sonang Depawawo
Ketua Pergerakan Beliawanis:
- Kudat – Anney Ng
- Kota Marudu – Halijah Haris
- Kota Belud – Nabilah Perman
- Tuaran – Noorazmahirah Hj Noorzain
- Sepanggar – Belsheera Elison
- Kota Kinabalu – Emmie Datuk Martin Idang
- Putatan – Nur Aqilah Safar
- Penampang – Carmen Meldan
- Papar – Shaza Elfeera Shahbaranbahrun
- Kimanis – Syahaiza Awg Diris
- Beaufort – Carol Ann Jury
- Sipitang – Nurfasiha Masri
- Ranau – Norhajiah Ropotoh
- Keningau – Vianney Evana Vide
- Tenom – Roslaily Bokun
- Pensiangan – Fifierna Abi Wendes
- Beluran – Nurul Syafinah James
- Libaran – Ni Matul Najibah Hairum
- Batu Sapi – Jamilah Saadan
- Sandakan – Nur Ashriah Awang Asmi
- Kinabatangan – Farizatul Akim Abd Rahman
- Lahad Datu – Dayang Azmira Syakinah Datu Halun
- Semporna – Nor Hayaty Mohd Adnan
- Tawau – Nurul Afiqah Afendi
- Kalabakan – Fitrayanti Basri Eko
Gagasan Rakyat turut merakamkan ucapan tahniah kepada kesemua 25 Ketua Bahagian (Penaja) yang dilantik dan berharap mereka dapat melaksanakan amanah dengan penuh integriti, komitmen serta semangat berpasukan demi kepentingan parti dan rakyat.






























