Masidi (enam dari kanan) bersama Huang (lima dari kanan), bersama rombongan serta pegawai Kementerian Kewangan Sabah.
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Masidi Manjun menerima kunjungan hormat daripada China Energy yang diwakili Naib Presiden CEIG (Malaysia), Huang Yingfei di pejabatnya di sini hari ini.
Dalam kunjungan itu, Masidi yang juga Menteri Kewangan diberi taklimat mengenai perkembangan semasa, aktiviti serta perancangan China Energy di Sabah.
Masidi menzahirkan penghargaan atas kunjungan hormat berkenaan serta menyambut baik usaha China Energy untuk meneroka peluang pelaburan yang berpotensi memberi manfaat kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Sabah.
































