Hajiji bersalaman dengan hakim syarie yang menghadiri Malam Apresiasi sempena Simposium Kehakiman dan Perundangan Syariah Negeri Sabah 2026 malam tadi.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menghadiri Malam Apresiasi sempena Simposium Kehakiman dan Perundangan Syariah Negeri Sabah 2026 di Grand Ballroom, Hotel Le Meridien, di sini, malam tadi.
Turut hadir Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Dr. Mohd. Arifin Mohd. Arif; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd. Razali Wahab; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Isnin Aliasnih; Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Profesor Adjung Dato’ Mohd. Amran Mat Zain; dan Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah, Nawawi Diman.
Ketua Menteri turut menyaksikan penyampaian cenderahati kepada jabatan dan agensi terbabit sebagai sebahagian daripada pengisian Malam Apresiasi berkenaan.
Simposium Kehakiman dan Perundangan Syariah Negeri Sabah 2026 telah dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun (Dr.) Musa Haji Aman di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, kelmarin.






























