Abdul Halim (dua dari kanan) bergambar kenangan bersama Tun Musa Aman dan Toh Puan Faridah (tiga dari kiri), selepas selesai kunjungan hormat di Istana Seri Kinabalu.
KOTA KINABALU : Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menerima kunjungan hormat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Seri Abdul Halim Aman, di Istana Seri Kinabalu, pada Ahad.
Kunjungan tersebut merupakan pertemuan rasmi pertama Abdul Halim bersama Tun Musa sejak memulakan tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu berkuatkuasa 13 Mei lepas.
Beliau menggantikan Tan Sri Azam Baki yang menamatkan perkhidmatan pada 12 Mei yang lalu.
Sesi kunjungan berkenaan turut dihadiri oleh isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Faridah Tussin.
Hadir sama, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah.






























