KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Masidi Manjun menerima kunjungan hormat daripada syarikat aeroangkasa Rusia, Glavkosmos yang diketuai Ketua Pengarahnya, Anton Semin bersama timbalannya, Vitaly Safonov serta rombongan. (gambar)
Dalam pertemuan itu, Masidi yang juga Menteri Kewangan diberi taklimat mengenai potensi peluang pelaburan dan pembangunan industri aeroangkasa di negeri ini.
Turut hadir, Pengarah Qhazanah Sabah Berhad, Tan Sri Anifah Aman; Pengerusi Jawala Resources, Tan Sri Dato’ Dr. Majid Khan serta tetamu kehormat yang lain.
































