RANAU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Saujana Kinabalu Ranau, serta rumah Datuk Amisah Yassin, hari ini.
Dalam kunjungan tersebut, beliau yang juga Timbalan Presiden Gagasan Rakyat turut meluangkan masa menyantuni ahli parti dan masyarakat setempat dalam suasana penuh mesra dan harmoni.
Majlis sambutan itu menjadi platform penting untuk mengeratkan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat, di samping memperkukuh semangat perpaduan serta kebersamaan dalam kalangan penduduk setempat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
































