RANAU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun menghadiri Majlis Rumah Terbuka Raya Ketiga yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun bersama isterinya, Datin Nurhayatie Farhana Abdullah di Singgaron Baru, di sini.
Kehadiran beliau yang juga ADUN Karanaan disambut mesra oleh penduduk setempat serta para jemputan yang hadir bagi memeriahkan sambutan tersebut dalam suasana penuh harmoni dan muhibah.
Majlis itu turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat, selaras dengan semangat perpaduan yang terus dipupuk dalam kalangan rakyat pelbagai lapisan.































