Hajiji menyaksikan penyerahan sumbangan daripada Mohd. Haris kepada Diyanah.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan penyerahan sumbangan sebanyak RM300,000 daripada SD Guthrie Berhad (Guthrie) kepada Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) di sini, kelmarin.
Pengarah Urusan Kumpulan, Mohd. Haris Mohd. Arshad menyampaikan sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) Guthrie kepada Pengarah YKS, Datuk Diyanah Abdullah pada satu majlis ringkas di Menara Kinabalu.
Turut hadir ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela Malakun; Ketua Perkhidmatan Operasi Kumpulan Guthrie, Razlanshah Abd. Malek dan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Huluan, Wilayah Sabah, R. Vijayakumar.
































